Tajuk Ari ni sungguhlah ala-ala keustazahan… Walaupun bizi tetap nak berbloger jgak kan….(bzi…?? Sjak ble ko bzi ni pna…errr…) hahaha bukannya ape… kita manusia yang tak pernah lari dari melakukan kesalahan… yang baik dikongsi yang jahat kita hindari…. berdakwah tak kira masa… tak kira apa pun medium yang digunakan btol tak… errr… (berdakwah??? Apakah ???) jumaat ari tu aku dengar Khutbah kat TV (hahhahaha sungguhla baik …. Ustazah!!!…) … hmmmm…best... Tajuknya Rintihan Seorang Ibu, cam tu la lebih kurang kalo tak silap aku la kan… Seriously, pengisian khutbah kali nie betol-betol bermanfaat. Trsentuh aku dengar… (sob….sob…sob… seday) so, rasanya nak share la kat cini…. Kesimpulan yang dapat aku buat untuk Khutbah ari tu adalah :: agak panjang tapi berbaloi kalo korang baca:: Jom bca ramai-ramai… ^____^
Kita mengenal erti kehidupan bermula dengan ibu bapa kan… Di ciptakan dari setitis air mani dan diangkat menjdi manusia yang terpuji oleh Allah. Maka dengan itu kita diwajibkan bersyukur kepada Allah dan kedua ibu bapa kita. Namun… setelah kita meningkat dewasa… membesar dan boleh berpijak di kaki sendiri… Terbalaskah jasa kita sebagai anak kepada kedua ibu bapa yang melahirkan kita?... susah kan nak jawab bila ada persoslan seperti ni… Tepuk dada tanyalah hati.. Adakah kita sorang anak yang baik… Anak yang membanggakan… anak yang sentiasa mengembirakan ibu bapa kita… Mungkin ada yang jawapannya YA… dan mungkin juga tak berani nak jawab apa-apa…
Ada macam-macam jenis anak kat dunia nie, antaranya jenis yang hanya mengirimkan wang kepada ibu bapa mereka tapi jarang sekali balik menziarah… tunggu raya baru nak balik kan… kadang-kadang time raya pon kerja… Gembirakah mereka?? Persoalannya (skali lagi ahahahah bnyak bnor soklan kan) adakah dengan hanya mengirimkan wang setiap bulan sebagai tanda terima kasih kita kepada mereka dapat membalas segala pengorbanan mereka selama ini...???
Kebiasaannya dalam usia emas, mereka hanya memerlukan kasih sayang dan belaian seorang anak… tapi… tak dapat nak bayangkan ada plak anak yang sanggup meninggalkan ibu bapa mereka di rumah orang-orang tua dengan alasan tidak tahan melayan kerenah mereka… yang lebih menyayat hati bila hantar pas tu lepas tangan terus… langsung tak di pedulikan… Sedihnya hati seorang ibu kan bila diperlakukan macam tu… tak dapat nak bayangkan jika 20 tahun dahulu kita baru dilahirkan, tiba-tiba ibu bapa kita meninggalkan kita tanpa kasih sayang adakah kita akan berjaya macam hari nie?? Confirm-confirm la tak kan…. Kalo berjaya pon mesti ada sekelumit rasa dendam… rasa sakit hati… rasa benci… marah dan sebagainya la kat dorang kan… habis tu…. Kenapa kita sanggup buat dorang macam tu… ??? yang buat tu… tolong la jawab…. !!!...
Kasih sayang seorang ibu tiada sempadannya. Mereka bukan mengimpikan harta benda mahupun wang ringgit… Cukuplah sekadar mereka tahu mereka dihargai… mereka sentiasa dihormati… sentiasa di ingati… bukan susah pon nak tunjukkan rasa kasih sayang 2…. Senang sangat-sangat… First:pike up ur PHONE!.. Then: Dail la nombor dorang…. Pastu:Hellow..hellow la ngan dorang… ala berapa sen sangat pun setakat nak sembang-sembang tanya khabar kan…. Kalo bergayut ngan balak ke awek ke bkn main lagi…. sanggup je berjam-jam… berhabis-habisan…kan…
Ibu mengandungkan kita selama 9 bulan 10 hari, menanggung segala kesakitan sewaktu melahirkan kita… membesarkan kita dengan penuh kasih sayang.. menjaga dan merawat kita ketika kita didalam kesakitan… tidak pernah mengeluh walaupun penat. Tidak pernah berputus asa walaupun berat tanggungannya. Namun kita sebagai anak adakah kita benar-benar telah berbakti kepada mereka? Adakah kita telah mengembirakan hati mereka. Banyakkan soalan aku hari nie….. emmm…. Ade ke yang berani nak jawab…. Kalo ade mgs aku ea…. ^_____^
Khatib tu cakap setiap hari amalan anak-anak akan dibawa naik oleh malaikat ke langit untuk ditontonkan kepada roh-roh ibu bapa…atok nenek.. makcik pakcik… saudara-mara.. dan kaum kerabat mereka yang telahpun mati… Roh akan merasa sakit dan tersiksa sekiranya melihat kejahatan anak-anak mereka pada hari itu… Maka gembirakanlah roh-roh mereka dengan kelakuan yang deredhai Allah…. Maknanya… kalo kita jahat orang lain pun akan dapat share jgak… kesian kan…. Bayangkanlah kalo kita hari-hari berzinar…. Hari-hari minum arak… hari-hari berjudi… hari-hari mencuri… hari-hari buat jahat… apa yang jadi kat roh-roh ibu bapa, atok nenek dan kaum kerabat kita ye…. Eeee…..sedihnya….
Maksudnya Allah nak kita berbakti kepada kedua orang tua kita bukan sahaja ketika mereka masih hidup… malahan selepas mereka meninggal dunia pun kita kena berbakti juga la kan…. Sesungguhnya bagi mereka yang tidak beriman kepada Allah jalan ke nerakan itu sentiasa lurus… namun jalan kesyurga pula banyak trafik light bengkang-bengkok dan bersimpang-siur…hmmm…kepada mereka yang tidak berimah kepada Allah… bertaubatlah… berbaktilah kepada kedua ibu bapa… sesungguhnya Allah itu maha pengampun dosa-dosa besar….
Rasanya ramai diantara pembaca-pembaca blog hari nie terdiri daripada golongan remaja… ataupun akhir remaja… kan… mane la tahu… dalam tempoh setahun dua lagi nak mendirikan rumah tangga… so, Sebelum kita melahirkan zurian dan keturunan yang dimurkai Allah jom kita sama-sama amalkan doa nie…. Mudah-mudahan Allah akan melindungi kita dan keluarga… InsyaAllah… baca bismilah dulu ea… ^____^ Bismilahirohmannirrohim….
::Doa Memohon Keturunan Yang Baik::
“Robbanaa hab lanaa min azwajinaa.. wa zurriayyaatina qurrata a’yunin waj’alnaa lil muttaqiina imaamaa”
-Wahai tuhan kami… berikanlah kami pendinding mata… dari isteri kami dan keturunan kami…dan jadikanlah kami pemimpin bagi orang-orang yang bertaqwa… (Q.S Al-Furqaan : 74)
Tak lupa juga kepada kedua ibu bapa kita…. Yang masih hidup ataupun yang telah meninggal dunia.. Utuskanlah secebis doa agar mereka mendapat ketenangan di dunia dan di akhirat kelak… kasih sayang ibu bapa tiada tandingannya… so sebagai anak… kena la bertanggung jawab skit kan… dah- dah jom baca doa nie….
::Doa kepada Ibu Bapa::
“Robbirham humaa kamaa robbayaanii shaghiiraa”
-Wahai tuhanku… berilah rahmat kepada keduanya sebagaimana mereka telah megasuh aku sejak kecil...(Q.S Al-Israa’ :24)
Kat dunia nie sebenarnya Kita bertuah kalo dilahirkan sebagai seorang muslim… sebab kita dibekalkan dengan senjata yang paling mujarab… ape senjata 2?? Senjata tu adalah DOA…. Jangan sesekali berhenti untuk berdoa… Haraplah pada Allah untuk apa jua keadaan… untuk apa jua kesukaran... Sesungguhnya Allah mengasihani orang-orang yang sentiasa meminta-minta kepadanya…. Hidup dan Mati kerana Allah… biar kita mati dalam keadaan Bermaruah. InsyaAllah Syurga Allah itu amatlah jelas… Kepada Ibu Bapa yang di lukai hati mereka… Dianiaya di alam tuanya… berdoalah kepada Allah… kerana Allah sentiasa mendengar doa orang-orang yang teraniaya…. ^^_________^^