Friday, September 23, 2011


Asalamualaikum.... uwaaa.... lmanye tak berbelok eh... emmm... sedang2 aku dok lyan fb yang xbes 2 tetibe terjumpa la entry ni.... lantas aku pon menshare lah kpda kalian semua.. kenapa aku nk share??? sebab aku rase entry ni sgt2 mnyntuh jiwa kot... tgok la maruah kita dipijak2 oleh orang kafir... semoga kalian yang membacanya akan mendpt iktibar daripadanya... InsyaAllah.. mudah mdhan.... jom baca... agak panjang tapi tak rugi skit pon kalo korang amek tau sal bnda nie... 

'Pernah dengar cerita Aisyah Bukhari yang murtad tak lama dulu? Suratkhabar banyak menutup kes ini kononnya untuk menjaga perkauman, tak nak terjadi kacau bilau. Kes Aisyah yang murtad dan banyak kes murtad lain ditutup sedemikian rupa atas alasan bercinta, ikutboyfriend.

Cerita yang akan saya bawa ini agak panjang tetapi sekiranya kamu seorang Islam yang peka dan sayangkan agama kita Islam, buatlah sesuatu, paling kurang fowardkan email ni kepada saudara kita yang tak tahu menahu. Ataupun selemah-lemahnya, berdoa agar kita semua serta saudara-saudara kita terselamat daripada fitnah akhir zaman yang paling besar ini.

Ini bukan cerita rekaan saya tetapi hanya petikan dari ceramah yang saya dengar dari mulut peguambela kes ini Zulkifli Nordin di Madrasah Hidayah. Murtad dikalangan orang Melayu kini sudah menjadi ancaman kepada kita. Indeks pencemaran akidah mengikut jabatan statistik dan perangkaan Tahun 1989 aje, 4776 orang Melayu mohon tukar nama dari Melayu kepada bukan Melayu atas alasan keluar dari Islam.


Tahun 1997, bila Saari Bustamah mengambil alih jawatan mufti dari Datuk Hashim Yahya, perkara pertama yang disentuh adalah murtad. Menurutnya sehingga Julai 1997, 3,000 orang murtad di KL sahaja. Tahun 1998 saja, 516 orang sudah murtad. Aisyah bukan kes pertama murtad, sebelum ini dah beratus kes timbul tetapi ditutup oleh pihak tertentu.

Setakat kes Aisyah, dah 40 fail murtad dikendalikan oleh saudara kita Zulkifli Nordin. Mengapa kes Aisyah ini kita rasa ralat sangat? Kes ini satu simbol yang tunjukkan pada kita orang Melayu. Sistem pertahanan akidah kita amat rapuh. Akidah kita diserang ditubi dari segala sudut. Yang kita tak nampak dengan menggunakan system perundangan dan kehakiman kita sendiri.

Kes ini boleh dilihat dari 2 sudut.

1.Bagaimana orang macam Aisyah boleh murtad 2. Bagaimana orang kafir laknatullah boleh menggunakan sistem hakiman kita untuk merampas anak orang Islam untuk dimurtadkan?

Apa yang berlaku kepada Haji Bukhari setelah 25 tahun didik anak dengan pengisian Islam yang hebat. Sedang dia mengimamkan sembahyang terawih di masjid tahun 1997 anak dia sedang dimurtadkan dirumah.

Aisyah adalah gadis Melayu biasa yang didedahkan dengan ilmu yang sepatutnya. Dalam keadaan macam tu, dia takkan murtad. Dihantar ke sekolah agama, dia belajar hingga tingkatan 6 atas dan boleh melayakkan diri jadi ustazah kalau dia hendak, dan layak melanjutkan ke peringkat Universiti Al Azhar kalau dia hendak . Dia dibesarkan dalam suasana yang bapanya imam. Datuknya juga imam yang dah berpuluh tahun imam Haji Tahir. Dia juga hafal surah Yasin. Dalam ertikata, tahu ayat apa, surah ke berapa yang dibacanya, ayat apa yang jadi azimat, semua dia tahu. Itu hebatnya Aisyah. Surah Sajadah pun dia hafal ... Masuk ITM dia terlibat dalam gerakan Islam. Dia didedahkan dengan gerakan Islam, dia tahu kelemahan-kelemahan Bible. Dari segi keterampilan, dia budak perempuan Melayu seperti biasa, pakai tudung dengan baju kurung bunga-bunga. Takde apa yang pelik pada dia, duduk di lembah keramat AU5C. Kakak dia pun macam itu juga keterampilannya. Tiap-tiap hari telefon bapanya lapor isu terkini. 2 tahun di KL begitu. Hari terakhir dia telefon 19 Nov 1997,

'Assalamualaikum ayah! Ni Intan (nama manja) cakap. Intan nak bagitahu, Intan dah kristian.'


Bayangkan hati seorang bapa. Kita sendiri heran macamana dia boleh murtad. Aisyah adalah simbol anak Melayu yang telah dididik dengan begitu rupa boleh murtad. Apa yang Haji Bukhari boleh buat? Airmata sahaja modal dia. Masuk TV menangis, keluar radio menangis, pergi forum menangis apa yang dia boleh buat? Semua dokumen mahkamah akan jadi bahan arkib termasuk p ermohonan kafir laknatullah itu minta Aisyah dibebaskan untuk dimurtadkan ..


Butir asal permohonan.. ....


Permohonan ini dibuat oleh Lennet Teoh Hui Leong seorang peguam Cina Kristian. (Read Herbes Corpes bawah bab 36 kanun acara jenayah). Tujuan untuk membebaskan seorang yang didakwa ditahan secara salah. Sebarang permohonan seperti ini perlu bagi sebab mengapa didakwa tahan secara salah. Permohonan dibuat bawah bab 36 atas alasan Article 11 Perlembagaan Persekutuan. Iaitu hak kebebasan beragama. Tiada langsung soal kahwin timbul. Permohonan tu menyatakan, perenggan 6, bertarikh 28 November 1997 di Makamah Tinggi Malaya Kuala Lumpur bahagian jenayah.


Sebab yang dia beri, 'Saya Lennet Teoh Hui Leong telah dilantik oleh Nur Aisyah untuk memberi nasihat kepadanya berkenaan dengan pertukaran agamanya kepada Kristian dan atas arahannya saya telah menyediakan surat sumpah untuk Nur Aisyah menolak dan meninggalkan agama Islam.'

Perenggan 23: 'Saya Lennet Teoh percaya bahawa Nur Aisyah sedang dikurung secara salah oleh keluarganya. Saya percaya tindakan ibubapa, abangnya dan bapa saudaranya telah melanggar hak kebebasan Nur Aisyah menganut agama pilihannya iaitu Kristian Khatolik'.

Kita tak boleh buat apa-apa sebab article 11 Perlembagaan Persekutuan menyatakan mana-mana warganegara Malaysia yang telah cukup umur (18tahun) berhak mutlak menukar gamanya. Itulah perlembagaan kita yang memerdekakan orang Melayu kita tahun 1957. Perlembagaan itulah juga yang menjerut kita sendiri. Adakah anak cucu kita akan selamat dengan perlembagaan itu? Bila berlaku pertembungan antara hukum syara' dengan undang-undang sivil, undang-undang syara' akan terbatal. Maksud agama rasmi kita Islam adalah acara-acara rasmi hendaklah dibuat mengikut cara Islam. Contohnya perlantikan sultan, rasmi parlimen dll. Tak lebih dari itu. Bab kehidupan, politik, ekonomi.... semua tak termasuk.

Article 4 pula menyatakan: 'Mana-mana undang-undang yang bertentangan yang bercanggah dengan perlembagaan ini adalah batal dan tidak sah. Ini termasuklah hukum syara'.


Contoh kes Hartina Haji Kamarudin.

Pada masa ceramah ini dibuat, Haji Kamarudin ada dalam lokap, didakwa mencederakan seorang Hindu kafir laknatullah kerana memurtadkan anaknya.. Anak yang dibela selama 18 tahun dengan begitu susah payah datang ke Rumah dalam keadaan Hindu.

Haji Kamarudian seorang penjual sate di Perak. Beliau lepaskan anaknya selepas 18 tahun ke KL untuk cari kerja. Tak terlintas langsung di kepalanya anaknya akan murtad. Tak sampai 9 bulan, Hartina balik ke restoran bapanya dalam keadaan Hindu dengan nandek kat dahi . Bukan itu saja. Anak yang dimanjakan begitu rupa balik mencabar bapanya, bawa boyfriend dan kawan-kawan boyfriendnya sambil berpeluk-p eluk dalam keadaan dia pun dah Hindu dengan nandek. Haji Kamarudin takek si kafir tu kat tengkuk, menggelupur dia depan kedai tu.


Haji Kamarudin juga dipelupur oleh kawan-kawan si Hindu tu sampai nak pengsan. Adik lelaki Hartina umur 16 tahun turut kena belasah kerana nak menyelamatkan akidah kakaknya depan kedai tempat bapanya meniaga.

Apa Hartina buat masa tu? Hartina papah kekasihnya dan biarkan bapanya menggelupur sendirian. Tak cukup dengan itu, dia pergi ke balai polis buat report bapak dia pukul boyfriend dia. 14 hari Haji Kamarudin dengan adik lelaki Hartina merengkok dalam lokap sebab report anak kesayangannya yang mempertahankan kekasih Hindunya. Tak cukup dengan itu disaman pula bapanya 3 juta. Remuk hati seorang bapa yang diheret ke penjara kerana anak sendiri. Tak cukup lagi, dia telah menghina bapanya dengan menukar nama Hartina Haji Kamarudin kepada Nivasni Rajeswari. Nama Hindu.

Semasa masih terlantar kat hospital (akibat dipukul binatang Hindu laknatullah ), Haji Kamarudin ditangkap polis semula sebab Hindu laknatullah ditembak oleh seorang yang tak dikenali. Jadi, Haji Kamarudin, anaknya dan anak saudaranya kena kurung masuk lokap kerana menjadi suspek utama kes tembakan tersebut. Anak yang ditatang begitu rupa akhirnya menyebabkan dia merana dalam keadaan hina di dalam negara yang negara Islam!! Haji Kamarudin juga dikenakan berbagai tuduhan. Setakat itu saja, 4 tuduhan.

Yusof Qardawi dalam kitabnya menyatakan hendaklah mempertahan akidah hatta dengan nyawa sekalipun. Itu yang Haji Kamarudin buat dalam mempertahankan hukum Allah, dilokap sedemikian rupa.

Lagi satu kes lain saudara baru kita, nama Yusof bin Abdullah , nama asal Hindunya Santana. Ada seorang isteri, namanya apa entah.Ada anak lelaki, nama Sunjay kalau tak silap. Usia 2 tahun masa tu. Ajak isterinya masuk Islam. Abangnya telah lebih 20 tahun masuk Islam. Isterinya kata ?eh!? Yusof bawa anaknya sekali masuk Islam dengan nama Mohamad Syazani bin Yusof. Dia hidup 2 beranak tu selama 2 tahun. Lepas 2 tahun si minaci datang semula dan bawak lari anak ini ke KL dengan boyfriend barunya.Yusof tak tahu apa nak buat, dia minta mahkamah syariah Alor Setar keluarkan perintah penjagaan hak ke atas anaknya.

Mahkamah pun bagi. Dia pun datang ke KL dan ambil balik budak tu. Si emak ni pergi mahkamah tinggi KL mintak hak jaga anak. Mahkamah tinggi bagi pada si minachi ni. Heran sungguh. Bila si minachi ni tak dapat nak ambil balik budak tu, dia pergi report polis. Tahu polis buat apa? Cari Yusof dan tangkap! (padahal Yusof dapat hak penjagaan daripada mahkamah syariah Alor Setar). Yusof masuk lokap 8 hari.

Lepas tu polis ambil balik budak tu kasi pada emaknya. Hari ini, budak tu kembali jadi Hindu. Tak cukup dengan itu, kurang ajarnya si minachi ni, dia minta pulak mahkamah tinggi batalkan perintah jagaan anak yang dikeluarkan oleh makamah Syariah Alor Setar yang diberi pada Yusof.

Dalam kes Suzie Teoh, seorang budak perempuan dari Kelantan umur 16 Tahun telah peluk Islam atas kerelaan sendiri. Bapa dia tak suka, lepas tu saman anak sendiri dan saman Majlis Agama Islam Negeri Kelantan, heret anak dia ke mahkamah persekutuan. Dia mohon pada makamah, agar istiharkan anak dia masuk Islam tak sah.

Masa tu, Tun Salleh Abas yang jadi hakim. Beliau seorang yang alim dan warak. Bila dihadapkan dengan kes Suzie Teoh, menangis Tun Salleh Abas. Terpaksa buat perisytiharan. 'Dibawah Perlembagaan Persekutuan, hak seorang anak tertakluk dibawah jagaan ibubapanya selagi belum cukup 18 tahun. Kalau nak tukar agama, kena minta kebenaran ibu bapanya. Semasa Suzie Teoh masuk Islam, berumur 16 tahun. dia tak sah peluk Islam.' Atas kearifan dan iman Tun Salleh Abas, dia simpan fail tu dalam lacinya selama 2 tahun. 2 tahun kemudian, lepas hari jadi Suzie Teoh yang ke 18 tahun, dia buka balik kes itu dan bagi peluang Suzie isytiharkan agamanya sendiri. Penuh mahkamah nak tahu kes tu; wartawan tempatan, wartawan asing semua nak dengar keputusan. Terketar-ketar budak tu. Baru umur 18 tahun. Sambil menangis, budak tu kata ' Saya yang arif, kekal dalam agama saya, saya masih nak nama Nur Aini.' Maka Tun Salleh Abas pun dengan bangga mengisytiharkan Islamnya sah dengan namanya Nur Aini. Selamat akidah seorang budak. Sebab itu jugalah Tun Salleh Abas kena buang atas 5 tuduhan. Tuduhan kedua atas sebab melengahkan kes seorang budak tanpa sebab selama 2 tahun. Itulah harga yang Tun Salleh Abas terpaksa bayar.


Kes terakhir sekali yang paling teruk, kes saudara Ibrahim, isterinya Siti Solehah dan anak perempuannya usia 5 bulan mati dipancung kerana tidak mahu kembali kepada agama asalnya, Hindu. Pada malam hari Valentine 14 Februari, pada waktu anak Melayu bertukar tukar bunga di Dataran Merdeka. 3 Saudara kita mati dipancung dalam sebuah kontena demi mempertahankan agama.

Peristiwa 13 Mei tercetus apabila seorang budak Melayu dibunuh kerana dia Melayu bukan kerana dia Islam. Dalam sejarah Melayu, tiada lagi orang Melayu dibunuh kerana Islam. Semuanya sebab Melayu. Inilah pertama kali.

Jika kita sorot semula sejarah Islam Yasir, bapa kepada Amar diseret di hadapan. Amar diugut supaya tukar agama. Kalau tidak, bapanya Yasir akan dibunuh. Amar kata,'Allah hu Ahad'.. Terus Yasir kena pancung di padang pasir. Kemudiannya, Sumaiyah ibunya juga disula dari bawah tembus ke jantung. Mampu berkata 'Allah hu Ahad'. Berlari Amar menemui Rasullullah SAW. Dan akhirnya, mengikut sejarah, Amar menjadi seorang mujahid berperang bersama Rasullullah SAW. Itu zaman puak Quraisy kafir laknatullah berkuasa. Rasullullah SAW tiada kuasa lagi pada masa itu.Rasullulah tak boleh buat apa.

Babak paling sedih : Dalam kes kita, bukan sahaja Ibrahim dipancung kepalanya sehingga putus, tak cukup lagi, tangannya juga turut dipotong. Sehinggakan Majlis Agama Islam Selangor terpaksa minta masjid mandikan jenazah saudara-saudara kita yang mati syahid itu. Apalah dosa anak kecil yang berusia 5 bulan itu? Ibrahim dan Siti Solehah bukan calang-calang orang. Ibrahim seorang saintis Pakar Geologi manakala isterinya Siti Solehah, seorang Pakar Botani. Tanda-tanda syahid jelas pada ketiga mayat tersebut. Walaupun 5 hari dalam peti sejuk darah masih memancut keluar pada ketiga-tiga mayat. Bayi yang berusia 5 bulan masih mengalirkan darah hangat seperti baru mati. Peluhterpercik pada dahi mereka. Mereka dikebumikan di kubur Bukit Kiara. Kalau saudara semua tak mengalirkan air mata melihat kubur mereka bertiga terutama bayi yang berusia 5 bulan itu, mesti ada yang tak kena dengan hati kita Hebat mana kita sehingga tak boleh mempertahankan saudara kita sendiri Sedangkan Ibrahim telah melaporkan pada pihak polis dan Majlis agama yang dia diancam untuk dibunuh supaya kembali ke agama asalnya.

Dalam satu hadis yang berbentuk futuristik (masa depan), Rasulullah SAW berpesan 'Bersegeralah kamu melakukan amalan soleh kerana akan datang kepad a umatku di suatu masa, satu fitnah yang begitu besar yang datangnya seperti satu kepingan hitam di malam gelap gelita tak nampak'. Sahabat bertanya 'Apakah fitnah besar itu ya Rasullullah? ' 'Fitnah itu adalah kamu akan lihat umatku di hari itu, di waktu itu,pada masa itu, pagi hari Islam, petang kafir. Petang Islam, pagi kafir balik.' Sahabat bertanya lagi. 'Mengapa begitu ya Rasullullah? ' Rasullullah SAW menjawab, ?Sebab dia jual agamanya dengan nilai dunia'.


Imam Ghazali pernah berkata dalam perkara ini, 'Akan datang fitnah murtad ini dalam keadaan seperti semut hitam di atas batu hitam di malam gelap.' Mana nampak? Kecuali kalau jiwa kita tengok satu perkara dengan cahaya keimanan.

Bagaimana gerakan murtad ini berjalan di Malaysia sehingga kita tak nampak langsung. Gerakan Hindu kita tok sah sebutlah Belum habis cakap, dah ada yang tunggu dengan parang kat luar. Gerakan Yahudi lagilah teruknya. Henry Ford (orang kaya yang buat kereta Ford tu) pernah menulis berkaitan Yahudi tahun 40an atau 30an dulu dalam bukunya 'International Jew' (tak Silap saya).

Unsur Yahudi begitu tebal dalam masyarakat kita tapi kita tak nampak. Paling nyata, rokok yang orang kita hisap tu. Setiap satu batang itu ada saham kepada puak Yahudi. Tak de kilang rokok yang bukan Yahudi punya. Sapa yang hendak berenti merokok, ambil ni sebagai iktibar. Yahudi punya kerja, baru letak bola sebijik, 70 ribu Melayu tak sembahyang kat stadium Shah Alam. Belum kira yang kat rumah lagi.

Bab Kristian, lebih terancang, lebih terperinci lagi. Semenjak kalah dalam perang salib terakhir, iaitu dalam pemerintahan King entah apa nama ke 6 yang terakhir. Sebelum dia mati, dia telah berwasiat dan wasiatnya ada ditulis dengan emas di London . Dia berkata: 'Kepada semua pemimpim-pemimpin Kristian, kita hari ini telah melakukan kesilapan besar, kita berperang dengan tentera Islam dengan pedang, bukan berperang dengan akidah yang ada pada mereka. Sebab tu Islam menang walaupun 30 ribu tentera mereka dengan 300 ribu tentera kita, mereka tetap menang sebab mereka (orang Islam) berperang kerana nak mati. Kita perang untuk hidup. Oleh itu, hendaklah kita tukar strategi. Melancarkan peperangan ideologi, fahaman dan budaya keatas orang Islam.'

Wasiatnya berjaya dilaksanakan setelah King tu mati, 1492, kerajaan Islam Andalusia yang paling agung pada masa itu tumbang di tangan Kristian. 1511 kerajaan Islam Melaka tumbang, tak lama lepas tu, tumbang kerajaan Islam Pattani . Tak lama selepas tu, tumbang kerajaan Islam Kedah . Tak lama lepas tu,tumbang kerajaan Islam Mindanao ..Lepas tu kerajaan Islam Acheh ... semuanya satu demi satu..

Macamana benda ni boleh terjadi?

Sebab gerakan Kristian berdasarkan kepada 3G. GOSPEL,GOAL, GLORY . Pertama kitab dia, kedua kekayaan kita, ketiga menang terhadap Islam. Kalau kita tengok sejarah, Alfonso De Albuqueque bukan datang ke Tanah Melayu bawa tukang masak sebab nak rempah kari kita. Dia bukan makan kari, di a datang bawa mubaligh Kristian Francis Xavier (kalau saya tak silap eja), sebab nak sebarkan ajaran Kristian.

Bagaimana cara dia sebarkan Kristian nih?

Orang kita panggil, gerakan halus.Dia panggil semua mubaligh Kristian yang nak datang ke Asia ni. Dia guna kaedah 'garam dan ragi'. Garam sebagai perasa, ragi untuk penapaian. Contohnya ubi kayu. Waktu siang asalnya ubi kayu kita letak ragi, esoknya masih lagi bentuk ubi kayu tapi sebenarnya tapai. maksudnya, dia kekalkan orang Melayu dengan identiti Islam. Hakikatnya kehidupan kita bukan cara Islam lagi . Cara inilah yang Rasulullah SAW kata macam kepingan hitam di malam gelita. Inilah yang Imam Ghazali kata macam semut hitam atas batu hitam di malam gelita tu.

Pertama, melalui sistem pendidikan. Di Malaysia, macam-macam sekolah dengan nama mubaligh Kristian. Convent itu, Saint ini. Menurut satu petikan seorang mubaligh Kristian pada masa itu yang ditulis semula oleh George Peters dalam sebuah buku tahun 40an. Kepada mubaligh-mubaligh Kristian yang nak datang ke negara kita, berkaitan pendekatan garam dan ragi'. Pendekatan seperti ini tidak memerlukan seorang Muslim Melayu berkenaan meninggalkan system kemasyarakatan yang dituntut oleh agamanya. Sebaliknya orang tersebut hendaklah digalakkan terus tinggal dalam masyarakatnya. Justeru itu, ragi tetap ujud dalam keutuhannya. Dia akan menjadi bagaikan sebuah lampu (Kristian) yang diletakkan dalam gelap. Penyebaran agama Kristian nanti akan terserlah dalam sifat kerohanian, bukannya organisasi. Dirasa kesegarannya, bukan bersikap kalam. Dinamik dan etikal, bukan bersifat formalistik.

Pendekatan begini telah memperlihatkan kebaikannya. Lantaran ia tidak menganjurkan ahli Melayu tadi menjadi ahli baru Kristian yang formal, menyendiri terpisah dari masyarakatnya. Sebaliknya ia memberi laluan agar dapat dimasukkan semangat dan ajaran Jesus bagaikan sebutir ragi yang bertindak dengan proses penapaiannya ke atas seluruh masyarakat Melayu seluruhnya.

Ajaran Kristian akan bertindak melahirkan revolusi , justeru itu nanti,dapatlah dikatakan bahawa kita nanti akan memperolehi satu Kristian muslim Melayu tempatan yang mencerminkan Kristian muslim Melayu sejati.. 'Sebenarnya dia ingin. Akan datang suatu masa nanti, orang Melayu sendiri tanpa dipaksa-paksa akan buat revolusi untuk menjadi Kristian. Cara kebajikan pulak... Hari ni sapa tak kenal kelab rotary yang cuci buah pinggang,kelab lion, bulan sabit merah, Saint John's Ambulans, sapa tak kenal palang merah. Mereka masuk dengan cara menghidupkan sekularisme. Sekularisma adalah satu cara mengasingkan agama daripada kehidupan. Itulah kita hari ni mengasingkan Islam daripada kehidupan dunia. Cara lain adalah dengan menghidupkan maksiat. Kita kena ambil tindakan samada dengan tangan, dengan mulut, atau paling lemah sekali, dengan hati.

Bangun malam buat sembahyang hajat agar kita semua diselamatkan dari fitnah besar ini. Paling kurang pun, fowardkan email ni kepada saudara kita yang lain yang tak tahu menahu tu. Kita kena peka. Ini semua tanggung jawab kita semua.

Akhir sekali, email ini tiada kena mengena dengan ceramah nak berkempen politik atau apa saja. Sekadar meniupkan semangat perjuangan dalam diri kita yang mengaku Islam ini. Ni lah masanya kita bangkit pertahankan agama Islam sebelum terlambat.

#kawan-kawan yang dikasihi, tolong forwardkan email ini untuk pengetahuan dan tindakan kita semua sebagai orang Islam agar perkara ini boleh dijadikan iktibar dan benteng untuk kita mempertahankan akidah kita yang telah di Islamkan atas tiket keturunan dimana dengan sebab ini kita telahpun mendapat banyak rahmat dan belas ihsan dari Allah tanpa perlu melalui hidup Sebagai seorang yang terpesong dari ajaran-Nya dan sentiasa mencari-cari jalan yang betul.

Di harap rahmat Allah dan doa-doa para waliullah dapat melindungi kita sehingga kita kembali ke sisi-Nya. Sementara itu, berhati-hatilah dalam apa jua yang kita lakukan dan sentiasa beringat kepada Allah.

Ya Allah, gantikanlah kepedihan ini dengan kesenangan, jadikan kesedihan itu awal kebahagian. Wahai Rabb, tuangkan dalam jiwa yang bergolak ini kedamaian... Wahai Rabb, tunjukanlah pandangan yang kebingungan ini kepada cahaya-MU, bimbinglah sesatnya perjalanan ini ke arah jalan-MU mnuju hidayah-MU!♥♥

Thursday, September 8, 2011

Cubaan Mencantikkan Diri ~errrr cantik ke? ~

emmmm.... tajuk yang sungguh xbleh blah... errrr bukan ke sblom sblm ni pon tajuk xbleh blah jgak hahhah .... tapi rasenye kali ni tajuk agak  keterlaluan... hahaha anyway i loike.... terimalah = cubaan mencantikkan diri... errrr cantik ke? hahaha lantak la kot... 


emmm minggu lepas... dok tgok2 youtube cara melilit shawl dengan berhemat... smpai kol 5 pagi haku xtido.. waaahhh.... hahaha mengikut peredaran zaman la kunun nie... emmm sungguh xbleh blah... tapi kan kan kan....  ble da try terperasan cumil lak lalalalala... actly...xcumil pon... sje nk memuji dri sndri... ^____^



 emmm nak kate sweet macam tak je... nak kate tak sweet macam sweet je... hahaha perasan kan kan kan emmmmmmmmm ade aku kisah!! emmm yela xsweet tp cumil je kot.. ahakss...



ni lak salah 1 daripada koleksi aku perasan... alkisahnye aku mncari shawl ni smpai ke kuala nun... alih alih balik tepen gak baru trjmpe yg brkenan di hati... emmmm murah tp cantik..  ni formula aku murah + cantik +unik = beli je..... mahal + cantik + unik = fikir lu la.... akak aku cakap jgn mmbazir orang cantik pakai ape pun cantik kan kan kan... emmm tapi mslhnye aku tak cantik emmmm... keciwa :(



bile da memakai selendang terasa cam perempuan melayu terakhir plak... waahhh... emmm tetibe malam ni aku teringat kat seseorang yang aku penah kenali suatu ketika dahulu.... katanya endak payah la ko pakai selendang... endak kena dengan mukamu tu... emmmmm miss him so much!! tapi agak-agaknye kan die ingat tak ea hahahaa

Saturday, September 3, 2011

s a l a m . l e b a r a n



Sempena Syawal yag mulia nie ingin aku mnyusun jari memohon ampun mensuci diri di atas keterlanjuran bicara atau perlakuan yang secra sngja atau tidak sgja tlah mgguris hati kalian ....  Dengan tulus Ikhlas di ucapkan selamat hari raya aidilfitri maaf zahir batin... di syawal yg mulia ni gak aku telah mempoyokan diri di depan cmera canggih haku iaitu sony ericssion K800i yang hebat!!! ahahah tak de mnde nak buat walaupon melambak... kaki penat. pinggang pon da bengkok tapi bergambo tidak jadi hal!!! lalalala 


 Mood : saja gedikLocation : bilik kedap udara 
Tukang tangkap gambo : cik diri sendiri 
    Masa : suatu petang di aidilfitri             
    Tarikh : bulan sembilan


Ucapan : salam aidilfitri kepada semua yang tersesat pencarian then    terjmpe blog sy yang ala-ala kesengalan ini.... ampun maaf dipinta sekiranya anda tersentuh apabila melihat ruangan ini hahah 




::: pandangan ini selalunye ditujukan kepada mereka yang baru nak mengenali  diri ini,... kadang  kadang pandangan cm nie macam muka tak puas ti je kan,..... kadang kala cam muka innocent je... tapi ape2 pon aku tetap cool je bebeh hahaha!!! ::: 


:::saje menggediks kan diri.... adey le agak2 kalo mak aku tgok cm ni die ckp pe ea... :::



::: ni lak muka baik.... ade yang cakap muka ganaz... ala... sibuk je nk ngomen muka aku tau... ni muke baik la hehehe... ape la langsung xpndai menilai orang tau... emmm tapi yg sbnrnye ni muka best tgok sale hahahaha waaaa..... shoping!!! adoi..... :::

::: yang pastinye ni le muka time jalan jem!!! adoii... stressss.... emmm kne lak ade orang yang dok tepi dok membebel xhnti-henti rase nak gam je muut itu orang kan.... emmmmm ::::

Thursday, September 1, 2011

RAYA . YANG . SYAHDU

Uits...uits... Salam Aidilfitri ------- lamenye tak merepek di ruangan ini... owhhh sungguh bizi dengan kerja (emmm...keje le sgat) Kali ni Syawal terasa sangat bahagia.... kepenatan melayan tetamu yang tak putus-putus hadir memeriahkan suasana hilang mcm air terjun bile tengok dorang makan ^__^ .... Alhamdulilah terima kasih kerana sudi beraya di rumah kami....


AKHIR RAMADHAN ----  Entahla kenapa aku buang tabiat tahun nie... tetibe timbul keinginan nak membuat chocolate cake.... hahaha cam pelik je... ak xpenah kot buat cake ke biskut ke ape ke... dorang pe lagi sengih2 cam kambing la ble ak ckap nak membuat cake... eiisshhh xkasi smgt langsung la... tapi xpe dgn brbkalkn smngt yg kental aku buat gak...


 DAN AKHIRNYA!!! ------ waaaa cake aku berjaya naik dengan jayanya... waaa terharu gile kot!! puas ati stlah mlihat kegebuannye lalalalala dorang pon pe lg trus nk salin resepi ..  msk je tgah ari  mak da mla  anyam ketupat.... mlt plak pok pek pok pek... entah ape yang di bebelkan pon aku tak tau....  aku pulak sprti biasa kne masak rendang..... 4 eko ayam selamat direndang! huhuhuhu penat kot dri sahur xhnti2 mmbuat keje smpai ke ptang.... tapi xpe raya punye hal ku gagahu jua..... uwaaaaa.....


1 Syawal ------ emmmm awal2 pg lagi aku da bagun.... waaa gile semangat.. kol nam suku aku da siap mandi.... org 1st kot yg mandi.... waaa cipta sejarah di lembaran baru..... ciap je mandi terus je sediakan menu utama iaitu Nasi Ayam Pelok Cium (hahahhaaahha).... 1st time jgak umah haku msk nasi di pagi raya.... letihhh!!!


Rasanye tahun ni la paling bermakna ------ Rezeki Allah melimpah ruah.... Syukur ya Allah.... Tahun ni da boleh bagi duit raya kat anak buah... duit rya unk mak n abah... blikn bju rya... emmm syukur...syukur.... dan tahun ni juga terasa sangat syahdu.... 1st time aku jadi orang pertama yang bersalaman dengan ucapan ringkas yang terasa sangat menyedihkan.... nape ngan aku nie.... (aku pelik la dgn perangai aku.... nak mati dah ke emmm)


1st time aku menitiskan air mata bila bersalaman ------ gile syahdu!!! arrgghhh!! slama nie aku xpenah nak tnjuk yang aku sedih bile salam dgn dorang. Aku xpenah nangis... Aku xpenah buat ucapan yang sgt2 memilukan.... agak terharu.... air mata ibu tertumpah jua... mungkin dulu aku anak yang selalu merunsingkan dorang.... mungkin sekarang dia dah boleh berangga dengan aku... Alhamdulillah Ya Allah kau kurniakan aku rezeki yang tidak di sangka-sangka.... Kau selalu bersamaku bila aku keresahan.... Kau sentiasa ada bila aku hilang arah tuju. Kau mengujiku dengan kesakitan  dan akhirnya kau berikan aku kegembiraan... Ya Allah aku bersyukur di atas segalanya. 

Ya Allah Tuhan semesta alam ------ dengan merendah diri aku menadah tangan kepadaMU... gembirakanlah hati kedua ibu bapaku... ampunkanlah dora-dosa mereka.... panjangkanlah usia mereka.... sesungguhnya merakalah ibu bapa yang paling sempurna di dunia ini...Ya Allah peliharalah keharmonian keluargaku....  biarkanlah kami mengecapi kebahagiaan sehingga ke akhir usia kami... Ya Allah murahkanlah rezekiku agar aku merasa lebih bersyukur kepadamu... amin ya robbal alamin.... 

Friday, July 1, 2011

Allah Sedang Berbicara

Hari ini air mata tumpah lagi... mengiringi sekeping hati yang berduka lara... adakah aku tidak layak mengecap bahagia? adakah aku sememangnya tercipta untuk kecewa...

Seringkali hati ini merasa tertekan, aku mengadapmu Ya Allah.... aku memohon pertolonganmu... Aku mengharap kau permudahkan segala urusanku... namun kadang-kala bila aku mengecapi nikmat kebahagiaan... memiliki kegembiraan .... aku lalai... alpa dengan perintahmu...

Berdosanya Aku padamu Ya Allah....  Kau lahirkan perasaan cinta namun kau wujudkan pula perasaan kecewa... bila aku derita... aku sengsara... kau ada bersamaku... sesungguhnya ku fahami hikmah yang tersembunyi...

Mungkin inilah yang terbaik... aku sedar KAU sedang berbicara dengan ku...  dengan penuh rasa kerdil.... dan merendah diri aku menadah tangan memohon sejuta rahmatmu... Agar perjalanku diterangi cahaya mu YA ALLAh.... bimbinglah aku kejalanmu.... dan buatmu si kekasih aku doakan kebahagiaanmu shingga ke akhir hayat... harungilah alam rumah tanggamu dengan kemanisan,  semanis kurma... ku redha....  

Ya Allah jadikanlah dia dikasihi pada hati-hati mereka yang beriman... gembirakanlah dia dengan kekayaan sehingga seratus dua puluh kebaikan.... Allah adalah sebaik-baik pemelihara dan dia amat mengasihi daripada segala-galanya amin......

Sunday, June 26, 2011

k e h i d u p a n . d a n . c a b a r a n

AKU MINTA PADA ALLAH SWT
Setangkai bunga segar
Ia beri aku kaktus berduri
Minta kupu-kupu
Ia beri aku ulat yang berbulu halus

AKU SEDIH, 
Aku kecewa
Namun kemudian tanpa di duga
Kaktus itu berbunga indah sekali
Ulat menjadi rama-rama yang begitu cantik
Itulah penyampaian ALLAH
Indah dengan caranya

DALAM EPISOD KEHIDUPAN INI 
ALLAH tidak memberikan apa yang kita harapkan
tapi ia memberi apa yang kita perlukan
Kadang-kadang kita terluka... 
kadang-kadang kita sedih dan sering merasa kecewa...
Tapi jauh di atas sana
DIA sedang mengatur
Apa yang baik untuk kehidupan kita...
BERSYUKUR LAH PADANYA. 

 copy from Nora Leen
 di tag oleh Encik Amin : dengan ucapan Terima Kasih encik toku tokuya (hahahaah)

Friday, June 24, 2011

TADI

buat sekian kalinye aku tersesat dalam pencarian
actly tadi aku tgok2 la kat fb kan
waaaaaaa...!!!!  sungguh meriah ....
ramai gile membe2 aku yg ltak kt profile picture drang gamba KAWEN adeeyy.....  cm ne nie... 
ramainye membe2 yg dh kawen...... 
A K U ?????
aku muda lagi la.... relex ar.... calon pon tiada.... 
ohhhhh tidak!!! sungguh merunsingkan.....
help..... help...... (ape motifnye nie....)

SEKARANG

rase cam semacam je..... 
mata ni dah berat gile....
NGANTOK tahap cipanzi da nie.....
tapi.....tak rase nak tido.....
SEBAB aku teringat kat seseorang..... 
aku pelik la...... apesal la ngan die nie ea.... ade masalah ke??
ade problem ke??  
(masalah n probleh 2 kan ke sama mknanye.... eiiissss ko pening ea pina....)
KEPEDA si DIA yang berkenaan.... jangan risau....
doa..... harapan.... kasih.... sayang.... rindu saye sntiasa besama anda wahai pemilik kenderaan WKW
ape pon masalah yg datang.....
ketahuilah....
JIKA anda dipihak yang benar KUASA ALLAH sentiasa bersama anda...
                                    yakinlah bahawa cahayaNYA akan sntiasa menerangi hidup anda....

ESOK

hidup mesti diteruskan 
walau apa pun rintangan yang datang
Tempuhilah dengan tabah
redha di atas ketentuannya
pemilik WKW dun worry tau sy ok aje
^__________^

Sunday, May 22, 2011

Tazkirah Jumaat.

Tajuk Ari ni sungguhlah ala-ala keustazahan… Walaupun bizi tetap nak berbloger jgak kan….(bzi…?? Sjak ble ko bzi ni pna…errr…) hahaha bukannya ape… kita manusia yang tak pernah lari dari melakukan kesalahan… yang baik dikongsi yang jahat kita hindari…. berdakwah tak kira masa… tak kira apa pun medium yang digunakan btol tak…  errr… (berdakwah??? Apakah ???)  jumaat ari tu aku dengar Khutbah  kat TV (hahhahaha sungguhla baik …. Ustazah!!!…) … hmmmm…best... Tajuknya Rintihan Seorang Ibu, cam tu la lebih kurang kalo tak silap aku la kan… Seriously, pengisian khutbah kali nie betol-betol bermanfaat.  Trsentuh aku dengar… (sob….sob…sob… seday)  so, rasanya nak share la kat cini…. Kesimpulan yang dapat aku buat untuk Khutbah ari tu adalah :: agak panjang tapi berbaloi kalo korang baca::  Jom bca ramai-ramai… ^____^
 
Kita mengenal erti kehidupan bermula dengan ibu bapa kan…  Di ciptakan dari setitis air mani dan diangkat menjdi manusia  yang terpuji oleh Allah. Maka dengan itu kita diwajibkan bersyukur kepada Allah dan kedua ibu bapa kita. Namun… setelah kita meningkat dewasa… membesar dan boleh berpijak di kaki sendiri… Terbalaskah jasa kita sebagai anak kepada kedua ibu bapa yang melahirkan kita?...  susah kan nak jawab bila ada persoslan seperti ni… Tepuk dada tanyalah hati.. Adakah kita sorang anak yang baik… Anak yang membanggakan… anak yang sentiasa mengembirakan ibu bapa kita… Mungkin ada yang jawapannya YA… dan mungkin juga tak berani nak jawab apa-apa…
  
Ada macam-macam jenis anak kat dunia nie, antaranya jenis yang  hanya mengirimkan wang kepada ibu bapa mereka tapi jarang sekali balik menziarah… tunggu raya baru nak balik kan… kadang-kadang time raya pon kerja… Gembirakah mereka??  Persoalannya (skali lagi ahahahah bnyak bnor soklan kan) adakah dengan hanya mengirimkan wang  setiap bulan sebagai tanda terima kasih kita kepada mereka dapat membalas segala pengorbanan mereka selama ini...???   

Kebiasaannya dalam usia emas,  mereka hanya memerlukan kasih sayang dan belaian seorang anak… tapi… tak dapat nak bayangkan ada plak anak yang sanggup meninggalkan ibu bapa mereka di rumah orang-orang tua dengan alasan tidak tahan melayan kerenah mereka… yang lebih menyayat hati bila hantar pas tu lepas tangan terus… langsung tak di pedulikan… Sedihnya hati seorang ibu kan bila diperlakukan macam tu… tak dapat nak bayangkan  jika 20 tahun dahulu kita baru dilahirkan, tiba-tiba ibu bapa kita meninggalkan kita tanpa kasih sayang adakah kita akan berjaya macam hari nie?? Confirm-confirm la tak kan….  Kalo berjaya pon mesti ada sekelumit rasa dendam… rasa sakit hati… rasa benci… marah dan sebagainya la kat dorang kan… habis tu…. Kenapa kita sanggup buat dorang macam tu… ??? yang buat  tu… tolong la jawab…. !!!... 

Kasih sayang seorang ibu tiada sempadannya. Mereka bukan mengimpikan harta benda mahupun wang ringgit… Cukuplah sekadar mereka tahu mereka dihargai… mereka sentiasa dihormati… sentiasa di ingati… bukan susah pon nak tunjukkan rasa kasih sayang 2…. Senang sangat-sangat… First:pike up ur PHONE!.. Then: Dail la nombor dorang…. Pastu:Hellow..hellow la ngan dorang… ala berapa sen sangat pun setakat nak sembang-sembang tanya khabar kan…. Kalo bergayut ngan balak ke awek ke bkn main lagi…. sanggup je berjam-jam… berhabis-habisan…kan…

Ibu mengandungkan kita selama 9 bulan 10 hari, menanggung segala kesakitan sewaktu melahirkan kita… membesarkan kita dengan penuh kasih sayang.. menjaga dan merawat kita ketika kita didalam kesakitan… tidak pernah mengeluh walaupun penat. Tidak pernah berputus asa walaupun berat tanggungannya. Namun kita sebagai anak adakah kita benar-benar telah berbakti kepada mereka? Adakah kita telah mengembirakan hati mereka. Banyakkan soalan aku hari nie….. emmm…. Ade ke yang berani nak jawab….  Kalo ade mgs aku ea…. ^_____^

Khatib tu cakap setiap hari amalan anak-anak akan dibawa naik oleh malaikat ke langit untuk ditontonkan kepada roh-roh ibu bapa…atok nenek.. makcik pakcik… saudara-mara.. dan kaum kerabat mereka yang telahpun mati… Roh akan  merasa sakit dan tersiksa sekiranya melihat kejahatan anak-anak mereka pada hari itu… Maka gembirakanlah roh-roh mereka dengan kelakuan yang deredhai Allah…. Maknanya… kalo kita jahat orang lain pun akan dapat share jgak… kesian kan…. Bayangkanlah kalo kita hari-hari berzinar…. Hari-hari minum arak… hari-hari berjudi… hari-hari mencuri… hari-hari buat jahat… apa yang jadi kat roh-roh ibu bapa, atok  nenek dan kaum kerabat kita ye…. Eeee…..sedihnya….

Maksudnya Allah nak kita berbakti kepada kedua orang tua kita bukan sahaja ketika mereka masih hidup… malahan selepas mereka meninggal dunia pun kita kena berbakti juga la kan….  Sesungguhnya  bagi mereka yang tidak beriman kepada Allah jalan ke nerakan itu sentiasa lurus… namun jalan kesyurga pula banyak trafik light bengkang-bengkok dan bersimpang-siur…hmmm…kepada mereka yang tidak berimah kepada Allah…  bertaubatlah…  berbaktilah kepada kedua ibu bapa… sesungguhnya Allah itu maha pengampun dosa-dosa besar….

Rasanya ramai diantara pembaca-pembaca blog hari nie terdiri daripada golongan remaja… ataupun akhir remaja… kan… mane la tahu… dalam tempoh setahun dua lagi nak mendirikan rumah tangga… so, Sebelum kita melahirkan zurian dan keturunan yang dimurkai Allah jom kita sama-sama amalkan doa nie….  Mudah-mudahan Allah akan melindungi kita dan keluarga… InsyaAllah… baca bismilah dulu ea… ^____^ Bismilahirohmannirrohim….

::Doa Memohon Keturunan Yang Baik::
“Robbanaa  hab  lanaa  min  azwajinaa..  wa  zurriayyaatina  qurrata a’yunin waj’alnaa  lil  muttaqiina  imaamaa”

-Wahai tuhan kami… berikanlah kami pendinding mata… dari isteri kami dan keturunan kami…dan jadikanlah kami pemimpin bagi orang-orang yang bertaqwa… (Q.S Al-Furqaan : 74)

Tak lupa juga kepada kedua ibu bapa kita…. Yang masih hidup ataupun yang telah meninggal dunia.. Utuskanlah secebis doa agar mereka mendapat ketenangan di dunia dan di akhirat kelak… kasih sayang ibu bapa tiada tandingannya… so sebagai anak… kena la bertanggung jawab skit kan…  dah- dah jom baca doa nie…. 

::Doa kepada Ibu Bapa::
“Robbirham  humaa  kamaa robbayaanii  shaghiiraa”

-Wahai tuhanku… berilah rahmat kepada keduanya sebagaimana mereka telah megasuh aku sejak kecil...(Q.S Al-Israa’ :24)
                                                                                                                                                            Kat dunia nie sebenarnya Kita bertuah kalo dilahirkan sebagai  seorang muslim… sebab kita dibekalkan dengan senjata yang paling mujarab… ape senjata 2?? Senjata tu adalah DOA…. Jangan sesekali berhenti untuk berdoa… Haraplah pada Allah untuk apa jua keadaan… untuk apa jua kesukaran... Sesungguhnya Allah mengasihani orang-orang yang sentiasa meminta-minta kepadanya….  Hidup dan Mati kerana Allah… biar kita mati dalam keadaan Bermaruah. InsyaAllah Syurga Allah itu amatlah jelas…  Kepada Ibu Bapa yang di lukai hati mereka… Dianiaya di alam tuanya… berdoalah kepada Allah… kerana Allah sentiasa mendengar doa orang-orang yang teraniaya…. ^^_________^^                                                                                          

Saturday, May 7, 2011

T E R S A N G A T L A H . S A M P A H

AMARAN BAHAYA : JAUHKAN DARI KANAK-KANAK
Tajuk ari nie xkan jadi sekiranya tragedi berdarah 1 may 2011 tidak terjadi. (errrr…ngerinye… cm seram je nie…) Cam kurang sopan la plak kan... (jatuh imej aku sbgai ustazah sambilan..hahah). Story ari nie adalah :Tersangatlah sampah: Haaaa…. Ape yang sampah tu ea.. ala..bukannye ape pon.. saje la nak menyuarakan rase ketidak puasan hati aku kat seseorang kat cini. Bukan nak ngate.. ngutuk lagi la bukan.. Cuma nak berkongsi pengalaman. Pengalaman ape 2 cik pina oii... jawawannya pengalaman RASE TERTIPU. 
Pernah tak korang rase cam korang telah tertipu oleh seseorang yang kte caye gle2 pnye… kalo xpenah… haaa… aku penah…!! bukannye ape aku ade la kenal seseorang nie… knal agak lma la jgak.. tp mnjdi rpat kira2 sebulan yg lalu ar nie…. Sungguh Kurang Asam! Ngoks! Ngeks! Sume la die 2…. Kalo ade org tnye kt aku pina pesal ko memarah nie…xde kje lain ke nk wat selain marah eh? Jawapannye sungguh mudah :: wajib kot aku mrah! :: 

Mane tak nye org yang aku knal 2 pndai menabur jnji je… pas 2 tetibe ble ak dh pcya gle kt die leh lak die wat hati kering kat haku ckap belit2 plak. Xbleh itu la xbleh ini la… amboi2… bukan main lagi ea sblm dpt ape yg die nk jnji mcm2… “Pecaya la…I sgup wat ape aje demi u… I janji.. ni jnji I pd u…” last2 pas aku caye gle kat die sume 2 dusta belaka… huh sampah masyarakat la ko nie…!!! 

Seb bek ak pecya skit je kalo ak pcya bnyak kt org 2 cm ne… xke merana idop aku nie… Ade gak manusia cm nie kat dunia nie.. ribut xde salji pon xde tau2 je tanah dah rntuh…(cm xbrpa nk kne je perumpamaan aku nie…hahaha…ape-ape aje lar…) Satu agi yg buat aku geram 2 dia nie cakap cm innocent je… I xpernah itu lah… I xpernah ini lah… padahal terer kot!! Eee cam sengal…!! huh….geram btol la.. xpenah tau ade orang berkelakuan sampah cm ni ngan haku… ni yang nk hangin nie… 

Satu je aku nk pesan kat si pelaku 2… ko bek jaga2 skit jgan sbb mulut nnti bdan binasa.. jgan sebab lambat melintas jalan nanti kne langgar lori plak. Kang peluh xsempat menitis ko dah mati katak kat situ. Aku bknnya doakan buruk2 kat orang… cam kejam la plak kan…aku kan wanita solehah lagi pemaaf (hahaha pina.. ko puji dri sndri ke hape nie..) tapi cam ne.. aku insan biasa… sering je diluka.. ape la salah aku.. besa sngt ke permintaan aku 2.. sampai jdi cm ni lak akhirnya… 

Sedih la jadi manusia yang tertindas… Hanya pada Allah je la aku berserah.. (emmm… sungguh ustazah kan …hahaha) kepada korang kat lua 2… if rase diri cam dipermainkan… ditindas… meh la kte sama2 menadah tangan kepada pencipta.. jom sama sama2 baca doa nie.. sbb Allah mendengar doa org yang tertindas pkai speaker tau… 
 
::Doa Nabi Yunus Alahissalam::

Bismilahirohmannirohim….
La illa ha illa anta, Subha naka inni kuntum minazollimin.

:: Maknanya ::
< Tiada tuhan kecuali Engkau, Maha suci Engkau, Sesungguhnya aku adalah daripada orang yang zalim >

Kepada si pelaku… yang tetibe rase cam tersedar plak kan story ari ni khas untuk die… faham la skit ea… aku xske la ko wat perangai cm nie… payah kot dlu aku nak accept ko… Mula-mula 2 cara ko cam sungguhlah Innocent… tapi the end.. aku yg sbnrnye innocent. Ko 2 expert sbnrnye. tah2 ko saje je pura2 kot… Lap skit peluh tu…!!!

Sekian… terima kasih… ikhlas dari hati dan bukan niat untuk memusuhi… sekadar luahan dari si chubby…. Renung-renungkan dan selamat beramal… bye..bye.. ^___^

Friday, April 1, 2011

BINGKISAN BUAT TEMAN

Buat sahabatku Laila (bukan nama sebenar)... Aku utuskan secebis doa untuknya dengan harapan dia sentiasa dalam lindungan Allah pencipta yang maha Agung..... Ketahuilah bahawasanya aku bangga menjadi sahabatmu... Walaupun kita jarang ketemu namun persahabatan ini masih terjalin hingga ke hari ini.. Alhamdulillah... Kalau nak di ingatkan banyak kan kenangan kita bersama... aku kan pendengar yang setia... segala hal di kongsi... suka.. duka... ketawa dan air mata pun bersama kan... Dulu akulah peanut dan dialah butternya... Seronok kan time sekolah dulu... Kini.... masa kian berubah..Aku terus dengan duniaku mengejar cita-cita yang satu dan die entah hilang kemana.. tiada lagi cerita dikongsi bersama... tiada juga gelak mahupun ketawa... Namun persahabatan ini tetap terus dihati...

Zaman persekolahan bersamanya telahpun 8 tahun berlalu....sekejap je kan masa berjalan...kita tak perasan pun kan..... kami jarang sekali bertemu katanya dulu dia malu berjumpa denganku sebab aku belajar tinggi...dan dia tidak.... sumpah!!! setinggi manapun aku hari ini atau di masa-masa akan datang, aku bukan lah jenis lupakan kawan... dan akhirnya semalam kami bertemu kembali... seronok sangat kua ngan kawan-kawan... mulalah rasa macam zaman dulu-dulu kembali.... kua makan-makan....jalan-jalan...sembang-sembang..merempit sana-sini... jalan raya?? aku lah yang punya... hahahah hepi sangat..... Wajah dan gayanya tetap sama...Ayu dan kekal jelitanya...Namun disebalik kelembutannya itu ternyata dia menyimpan 1001 macam rasa yang sungguh tidak ku duga... MasyaAllah...aku hanya mampu beristiqfar di dalam hatiku..

Maafkan aku disaat kau perlukan seorang teman aku tiada memberikan harapan... Sungguh aku tidak tahu tentang kisah hidupnya...sehinggalah semalam emosiku teruji mendengar luahannya.. tertitis air mata ini dengan kepayahan jalan ceritanya.... Sesungguhnya dia memang seorang wanita yang tabah...sanggup bekorban demi keluarga dan cinta... Jika aku ditempatnya pasti ku rebah... Namun dia wanita berani yang bangkit menebarkan sayap sendiri dan menongkah arus di kakinya yang tegak berdiri... Sesungguhnya aku bangga ada sahabat sepertinya!!!

Banyak drama dan filem yang ku tonton... berkisar tentang hati dan permasalahan family... tak ku sangka dia menghadapinya... Cerita yang kukira rekaan semata-mata ternyata adalah realiti kepadanya...  Erti pengorbanan seorang anak... kakak... dan kekasih hanya dia yang mampu fahami... dan aku?? Aku hanya pandai bermain pena mencoretkan kata-kata... namun seindah manapun bahasanya tidak mampu menggambarkan erti sebuah pengorbanan...

Bingkisan ini kutulis bukanlah untuk memuji... ia tercipta lahirnya dari hati yang pebuh rasa kagum dengan keperibadian seorang teman... Namun disini izinkan aku bersuara sekali... bukan untuk kau turuti cukuplah sekadar kau mampu memahami.... Ada pepatah lama katanya "Air yang di cincang takkan putus" Namun sahabatku... sedarlah air takkan mampu dicincang tetapi teriknya mentari mampu mengosongkan sebuah tempayan yang penuh... walaupun masanya lama tapi akhirnya kering juga... Jika itu yang terjadi kelak tiada lagi penggantinya....kalaupun ada takkan sama dengan yang dulunya...

Setiap manusia melakukan kesalahan... ada yang  disengajakan ada pula yang tidak disengajakan.... sebagfai manusia yang tak pernah lepas dari melalukan dosa... marilah kita membuangkan rasa benci penuhi ia dengan mengaji...... jadilah insan yang pemaaf... kerana pemaaf itu sebahagian daripada sifat Rasullullah....Bersabarlah menempuhi ujian... tabahkanlah hati...Berselawatlah jika kau sedih bersedekah pula tika kau sunyi...Hanya itulah penemanmu nanti.... Wajah lembutmu tidak layak dipadankan dengan hati yang sekeras itu... Fikirkanlah untuk masa depanmu... Ikhlas dari sahabatmu safina (bukan nama sebenar)

 

Thursday, March 24, 2011

B E G I T U K A H . C I N T A .

Waaaa.... tajuk ari ni sungguh xbleh blah hahahah.... errr.... ari ni aku rse nak jadi cm islamik-islmik ar skit... mo kongsi doa dan sdkit pndngan yg mgkin brguna jgak la kan... hahah jom layan.... C I N T A satu perkataan yang membawa seribu satu macam rasa yang berlainan kan.. ade yang manis... ade yang masam... ade yang pahit.. ade jgak yang masam-masam manis pahit pedas payau tawaq habiaq... sume ade kan... Kata org cinta bermula dari hati dan mata yang memandang pasti akan mengerti....

Begitukah Cinta.. bermula dengan senyuman... tapi  berakhir dengan tangisan.... Adakah cinta memerlukan pengorbanan.... Bagi aku cinta sejati bukan hanya di hati... namun ia hadir untuk kita hayati.. Bagi insan yang bercinta haruslah tahu batas-batas agama...agar cinta yang lahir benar diilham oleh Illahi dan bukan dari syaitan yang sentiasa memusuhi... (ewah...cm ustazah lak...) 

Percintaan di antara dua insan haruslah berlandaskan Kepercayaan dan Kesetiaan...( ni yang payah nie...) Percaya tanpa setia itu perkara sia-sia... begitu jga setia tanpa percaya... sungguh tidak berguna kan..... Dalam era dunia tanpa sempadan sekarang nie ramai jga yang terjebak dalam cinta jarak jauh... seorang di timur... seorang lagi di barat... namun ape yang membuatkan dalamnya rasa cinta tersebut?? hanya Allah yang mengerti...rasanya la kan... jenis cinta yang cam nie jadi sebab wujud keikhlasan dalam perhubungan tu... jarak tempat ataupun masa bukanlah penghalang...(kerana cinta kuturutkan lar ni.... huhuh) Tapi dalam 1000 mungkin hanya 1 aje yang ade kan....

Biasanya pasangan yang cintanya jenis yang cam nie sering kali dilanda sindrom kurang pecaya dan pudarnya kesetiaan…Jika itu berlaku… jangan ar seedy-seday… ingatlah cinta yang tak berjaya hanyalah dari syaitan… dia yang memulakan dan dialah yang merosakkan….Jadi untuk mengelak hadirnya cinta durjana dengan pasangan manusia yang bertopengkan syaitan ini jom amalkan doa nie mudah-mudahan Allah kabulkan…

Doa Memohon Jodoh Yang Baik
Allahumma syaidina Muhammadin fill awallin wal akhirin wassalim waradiaallahutaala ann sadatina ashabi saidina rasullillah hi ajmain (sblm bca apa-apa doa lbih afdal kalo kte bca slwat nie dlu...)

Allahumma bath’s balan soolihan likhitbathil wa attif qalbahu allay’ya bihiqqi kalamikal qadimi wabirossullikal karimii bi alfi, Alfi la haw la walla quwata illa billahil aliyyil azhim, Wasollallahu ala sayyidina muhammadin wa ala alihi wasohbihi wasallam walhamdulillahirobbil alamin….

Ertinya: Tuhanku… utuskanlah aku seorang suami yang soleh melamarku.. condongkanlah hatinya kepadaku.. berkat kebenaran kalammu yang Qadim dan berkat utusan yang mulia dengan keberkatan sejuta ucapan la haw la walla quwata illa billahil aliyyil azhim, dan semoga Allah melimpahkan salam kepada junjungan kita  nabi Muhammada s.a.w dan kepada keluarganya serta sahabatnya… segala puji bagi Allah tuhan segenap alam…

Haaa…. Tak salah kalo kite berdoa untuk mnjamin masa depan kan… doa yang baik mestila di dalangi dengan amalan yang baik… so jaga diri hiasi peribadi… moga Allah menberkati… masa aku dgr ceramah dr Ustaz Kazim dia ada ckap hadis yg diriwayatkan dripada Hatim Al-Aqsar kot nma die….. dia cakap “Manusia terkejar-kejar mencari kekasih… tetapi kekasih yang mereka cari tidak menemani mereka selama-lamanya… tapi hanya satu sahaja kekasih yang kekal abadi… iaitu Amalan Soleh.." Renung-renugkan dan selamat beramal.... (errr... leh jadi ustazah sambilan x nie...lalalalaa)